Custom Search

Sunday, May 16, 2010

Hikmah Bismillah 6

Menurut riwayat, ayat ini telah di ajarkan oleh Jibril as kepada Baginda Rasulullah saw sebagai pelindung dan pendinding dari segala kejahatan makhluk, Jibril berkata barang siapa membacanya, Allah akan menunaikan segala hajatnya dan diluaskan rezekinya, dibaca pada isteri akan kasih ia pada suaminya, dibaca pada medan perang akan pecah belah segala musuhnya, dibaca pada penyakit akan sembuhnya, malaikat akan memuliakan orang yang membacanya, binatang buas tidak akan memberi mudarat padanya, akan melumpuhkan segala kezaliman terhadapnya, akan dihilangkan ia dari pandangan musuhnya, akan memusnahkan syaitan yang merasuk anak adam, akan melihat ia perkara-perkara ghaib dan akan ditawarkan segala bisa binatang dengan izin Allah dengan berkat doa ini...

بِسْمِ اللهِ السَّمِيْعِ البَصِيْرِ الَّذِي لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ

بِسْمِ اللهِ الْخَلاَّقِ العَلِيْمِ الذي ليس كمثله شيء وهو الْفَتاَّحُ الْعَلِيْمُ

بِسْمِ اللهِ الذي ليس كمثله شيء وهو الْعَلِيْمُ الْخَبِيْرُ

بِسْمِ اللهِ الذي ليس كمثله شيء وهو الْعَلِيْمُ الْقَدِيْرُ

بِسْمِ اللهِ الْعَزِيْزِ الْكَرِيْمِ الذي ليس كمثله شيء وهو الْعَزِيْزُ الْكَرِيْمُ

بِسْمِ اللهِ الْغَفُوْرِ الرَّحِيْمِ الذي ليس كمثله وهو الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ (٦٤) سورة يوسف

Maksudnya:
Dengan Nama Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat Tiada Yang Seumpama Dengannya Dan Maha Mengetahui Pada Setiap Sesuatu,
Dengan Nama Allah Yang Berkuasa Menjadikan Lagi Maha Mengetahui Tiada Yang Seumpama Dengannya Yang Maha Pembuka Lagi Amat Mengetahui,
Dengan Nama Allah Yang Tiada Seumpama Dengannya Yang Maha Mengetahui Lagi Mengetahui Perkara Yang Tersembunyi,
Dengan Nama Allah Yang Tiada Seumpama Dengannya Yang Maha Mengetahui Lagi Berkuasa,
Dengan Nama Allah Yang Gagah Perkasa Lagi Pemurah Tiada Yang Seumpama Dengannya Yang Maha Gagah Perkasa Lagi Maha Pemurah,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang Tiada Yang Seumpama Dengannya Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang,
Allah jualah sebaik-baik penjaga dan Dialah Maha Penyayang Diantara Para Penyayang.

Doa ini juga disebut dengan nama Bismillah Tujuh apabila dimulai dengan
بسم الله الرحمن الرحيم pada rangkap pertama. Antara khasiatnya:

1. Mengubati segala penyakit terkena bisa termasuk bisa kerana sengat binatang seperti ikan, lebah, ular dan lain-lain.
2. Mengubati segala jenis racun yang diperbuat dari bahan-bahan yang mendatangkan bisa seperti racun ulat bulu mati beragan, racun hempedu katak bisa, racun miang rebung, racun kaca bal lampu.
3. Segala jenis santau.
4. Menjadi selusuh kepada perempuan beranak.
5. Mengkabulkan segala cita-cita dan hajat.
6. Terpelihara daripada segala merbahaya seteru dan musuh.
7. Dibaca untuk menang berperang.
8. Untuk menghalau jin dan syaitan.
9. Memelihara tanaman daripada binatang.
10. Mengubat orang gila.

Cara Berubat

1. Letakkan tangan ditempat sakit, tahan nafas dan baca al-Fatihah dan Bismillah Enam.
2. Tiup ditempat sakit dan urut sedikit.
3. Baca juga di air untuk disapukan ditempat sakit dan buat minum.
4. Angin akan keluar dari badan pesakit dan diikuti muntah insya Allah.





Panah Makrifat Untuk Menundukkan Musuh

1. Untuk menghadapi orang terutama sekali orang berpangkat atau garang.
2. Duduk dirumah dahulu sebelum melangkah keluar.
3. Hadirkan wajah orang yang akan dijumpai dihadapan kita.
4. Baca Bismillah Enam (3X) dan hembuskan kepada wajah orang yang kita hadirkan tadi.
5. Kemudian barulah melangkah keluar rumah.

Kaifiat khusus:

1. Ada cara-cara tertentu untuk mengambil amalan Bismillah Enam secara khusus.
2. Paling kurang bagi yang tidak berijazah amalkan 3X pagi 3X malam, moga-moga Allah memberi kelebihan Bismillah Enam kepada kita.

Kemudian disebut setengah Ahli Hikmah diantara faedah ayat dari surah Yusuf, ayat 64:

فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Untuk maqbul hajat, ubat dari penyakit dengan membaca sebanyak 3333X atau semampunya.
InsyaAllah anda akan dapat merasai keberkesananya.

P/s - Pengamalannya tidak mempunyai pantang larang atau syarat dan tidak mempunyai kesan sampingan yang buruk, InsyaAllah..

Wa-Allahu A'lam

No comments: