Custom Search

Monday, May 24, 2010

Isim Barhatiyah

Satu lagi Ilmu peninggalan nenek moyang kita yang ada kaitan dengan Baginda Sulaiman as ialah “Isim Barhatiah”. Seperti juga 40 kaf, isim ini adalah 1 pekataan yang menggunakan bahasa suryani, iaitu bahasa dituturkan dizaman Nabi Daud dan Sulaiman as. Diceritakan bahawa, sesiapa yang mengamalkan isim ini ia mampu menundukkan makhluk Allah termasuk jin, manusia dan penghuni alam ghaib. Pengamalnya dikatakan akan kelihatan sehebat Baginda Sulaiman as yang mampu menundukkan jin dan manusia. Pengamalannya berbentuk doa memohon kepada Allah atas hajat kita bersandarkan Isim barhatiah, Doa tersebut didalam bahasa arab tetapi isim barhatiah tetap disebut dalam bahasa suryani.

Isim ini mengandungi 28 perkataan, walaupun ada mereka yang mengatakan ia mempunyai 30 perkataan tetapi yang dapat dikenal pasti hanya 28 perkataan sahaja. Antara 28 isim itu disebut ialah:

1. Barhatiihin
2. Kariirin
3. Tatliihin
4. Thouroonin
5. Mazjalin
6. Bazjalin
7. Tarqobin
8. Barhasyin
9. Gholmasyin
10. Hauthiirin
11. Qalnahuudin
12. Barsyaanin
13. Kazhohiirin
14. Namuu syalakhin
15. Barhayuula
16. Basykailakhin
17. Qazmazin
18. An-gholulaithin
19. Qobrootin
20. Ghayaahaa
21. Kaidahuula
22. Syamkhaahirin
23. Syamkhohiirin
24. Syamhaahiirin
25. Bikahthohuuniihin
26. Basyaarisyin
27. Thuunasyin
28. Syamkhoo baaruuhin

Apabila dibaca bunyinya seakan bahasa arab tetapi seperti yang penulis katakan bahawa perkataan tersebut tidak ada didalam kamus bahasa arab, ia ialah bahasa suryani. Perjalanan penulis mengenai isim ini, bermacam-macam yang penulis dengar, ada mereka yang mengatakan ia adalah nama-nama khadam yang dihadiah oleh Allah kepada baginda Sulaiman as, namun penulis sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan ia adalah nama-nama khadam baginda Sulaiman as kerana kehabatan Sulaiman adalah mukjizatnya yang mana setiap mukjizat itu adalah perkara luar biasa yang tidak memerlukan persandaran kepada sebab dan musabab. Jadi penulis dengan tegasnya menolak pendapat yang mengatakan ia ialah nama-nama khadam.

Ada pula yang menyamai isim barhatiah ini dengan huruf-huruf ijaiyah yang mepunyai 28 huruf bermula dari aliff sampai ya, ini penulis tidak dapat pastikan kesahihannya. Namun yang paling penulis bersetuju ialah pendapat yang mengatakan isim barhatiah ini ialah nama-nama Zat Yang Maha Esa iaitu Allah. Ia ialah nama-nama Allah didalam bahasa suryani yang dihadiahkan kepada baginda Sulaiman as untuk menjadi amalannya menundukkan makhluk Allah. Seperti mana Nabi Muhammad saw dikurniakan 99 nama-nama Allah. Diriwayatkan dari Muhammad saw bahawa nama-nama Allah kesemuanya berjumlah 3000 nama, ia lalu dibahagikan kepada 99 pada Al-Quran, 300 pada Taurat, 300 Zabur, 300 pada Injil, 1000 pada para Malaikat, 1000 pada para Rasul dan baki yang 1 berada pada Allah yang menjadi rahsia Nya. Jika campur kesemua nama-nama Allah tadi berjumlah 3000 nama. Allah Yang Maha Mengetahui.
Diantara 3000 nama tersebut, 28 nama dari nya dihadiahkan oleh Allah pada Baginda Sulaiman yang menjadi amalannya untuk mengukuhkan mukjizatnya menjadi pemerintah tidak dapat ditandingi. Berikut ialah isim barhatiah dan maknanya yang dikatakan adalah asma Allah:

1.Barhatiyah (zat yg Maha Suci)
2.Karirin(ya Allah)
3.Tatliihin(maha Suci & maha Kuasa)
4.Thauraanin(zat yg maha Hidup)
5.Mazjalin(zat yg maha Berdiri)
6.Bazjalin(zat yg maha Esa)
7.Tarqabin(zat yg maha Selamat)
8.Barhasyin(ya Allah kabuikanlah)
9.Ghalmasyin(zat yg maha Suci)
10.Hauthiirin(zat yg maha Kuat)
11.Qalnahaudin(zat yg maha Mendengar dan Melihat)
12.Barsyaanin(zat yg maha Meliputi)
13.Kadhahiirin(maha Suci Allah)
14.Namuu syalahin(wahai Tuhan yg maha Mulia Engkau adalah Allah)
15.Barhayuula(maha Suci Allah)
16.Basykailakhin(maha Agung maha Pengasih dan maha Penyayang)
17.Qazmazin(zat yg maha Memelihara)
18.Anghalulaithin(zat yg maha Agung dan maha Bijaksana)
19.Qabraatin(zat yg maha Agung)
20.Ghayaahaa(zat yg maha Mulia)
21.Kaidahuuala(zat yg maha Kuasa ialah Allah)
22.Syamkhaahir(zat Allah yg maha Tinggi)
23.Syamkhahiirin(zat yg maha Memutus)
24.Syamhaahiirin(zat yg maha Kuasa)
25.Bikahthahuuniihin(wahai zat yg maha Dahulu)
26.Basyaarisyin(zat yg maha Kuasa atas segala sesuatu)
27.Thuunasyin(wahai zat yg maha Bersyukur)
28.Syamkhaa baaruuhin(yang maha Kuasa adalah Allah yg maha Mulia)

Kesemua nama-nama diatas adalah seakan-akan sama dengan Asma Al-Husna yang diberikan kepada Nabi junjungan kita saw. Apa yang penting disini ialah nama-nama Allah Yang Maha Mulia itu diberikan pada hamba-hamba Nya untuk menyeru Nya memohon pertolongan dari Nya seperti Firman Nya dalam Surah Al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

“Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah sangat Dekat, Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila ia menyeru (nama Ku), maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

Amat benar Firman Allah… Wa Allah A’lam..

40 Kaf

Penulis ingin membicarakan sesuatu amalan peninggalan nenek moyang kita dahulu yang mana amalan ini sangat ampuh yang menjadi tunjang kehebatan pahlawan melayu terdahu, Isim (ayat) ini dipanggil 40 kaf. Ayat ini mempunyai banyak versi, diantara versi yang sangat terkenal ialah 40 kaf versi pahlawan Tok Janggut sepertimana yang tercatat dalam kitab Pagar Hikmah karangan beliau.

Kepahlawanan Tok janggut yang juga ulama melayu Kelantan tidakdapat ditandingi sama sekali, kehabatan yang dianugerahkan Allah padanya bukanlah terletak pada ilmu persilatannya, tetapi terletak pada amalannya. Salah satu amalan yang sangat ampuh yang ditinggalkannya ialah ilmu 6 tapan Tok Janggut, ia adalah suatu olahan wirid yang di olah sendiri oleh beliau yang mana akan pengamalnya akan mengeluarkan aura yang mana akan melindungi dari segenap 6 penjuru badannya, Keistimewaan amalan ini ialah ia akan membawa pengamalnya lebih dekat kepada Allah.

Selain 6 tapan Tok Janggut, satu rahsia yang menjadi amalan beliau ialah 40 kaf. Isim 40 kaf ini sangat ampuh yang dengan izin Allah, membuat lawan kaku lantas tunduk kepada kemahuan pengamalnya. Namun disini, penulis bertegas bahawa ia adalah semata-mata kehendak Allah, seperti mana kehebatan Tok Janggut akhirnya tewas ditangan musuhnya, kenapa? Adakah amalan Tok Janggut tidak berkesan? Jawabnya tidak sama sekali melainkan ketetapan Allah bahawa Tok Janggut mati ditangan musuhnya. Mati kata Allah, matilah ia tidak kira siapa pun dia. Selamat kata Allah, takkan ada satu pun makhluk yang mampu memusnahkannya.

Berbalik kepada 40 kaf, antara tujuan utama pengamalannya adalah membuatkan semua makhluk Allah tunduk kepadanya. Ia mapu mengunci lawan sehinggakan lawan tidak mampu bergerak. Namun ia sangat tidak sesuai kepada mereka yang berkerja sebagai peniaga kerana ia membuatkan pelanggan anda takut untuk datang berjual beli dengan anda tetapi ia juga boleh dijadikan pelaris mengikut cara pengamalan yang berbeza.Diantara khasiatnya mengikut cara pengamalan yang berbeza ialah, menghalau jin, menundukkan lawan, mencukupi makanan yang sedikit, memperhentiikan darah luka, merabunkan pandangan musuh, memecah belahkan musuh,sebagai pelaris dan sebagai pendinding dari seteru. Dipanggil 40 kaf kerana isim ini mengandungi huruf kaf yang diulang sebanyak 40 kali. Pada mulanya penulis agak keliru tentang bahasa yang digunakan dalam isim ini, bila sekali dibaca bunyinya macam bahasa arab, namun bila diteliti ia bukan dari bahasa arab kerana perkataannya tidak wujud dalam bahasa arab. Sebenarnya di dunia ini, ada 3 bahasa yang menggunakan “huruf ijaiyyah” (alif sampai ya), salah satu nya ialah bahasa Arab. Bahasa kedua ialah bahasa ibrani atau ibru dalam English, iaitu bahasa yang dipertuturkan dizaman Nabi Musa as dan seangkatannya, ibrani juaga bahasa yang diguna Allah didalam kitab Taurat. Jesteru ada yang berpendapat bahawa 40kaf itu adalah dari bahasa Ibrani, yang kononnya 40 kaf ini diturunkan Allah kepada Nabi Musa as untuk mengalahkan Firaun dan tenteranya dengan mengunakan tongkatnya. Namun penulis tidak setuju dengan pendapat itu kerana walaupun bahasa ibrani seakan bahasa arab, tetapi perkataan dalam bahasa ibrani banyak mengunakan huruf yang berbaris tanwin.

Satu lagi bahasa yang seumpama bahasa Arab ialah bahasa suryani, penulis lebih bersetuju mengatakan 40 kaf adalah bahasa suryani. Bahasa suryani ialah bahasa yang dituturkan semasa Nabi Allah Daud dan anaknya Nabi Sulaiman, ia juga bahasa yang digunakan Allah didalam Kitab Zabur yang diturunkan untuk Nabi Daud as. Jadi bahasa yang lebih sesuai dipadukan dengan 40 kaf ini ialah bahasa suryani.

Diceritakan bahawa 40 kaf ini ialah milik Baginda Sulaiman as yang mana dianugerahkan Allah kepadanya untuk menundukkan golongan jin dan manusia yang tidak mahu tunduk padanya. Kenapa Allah tidak bagi kepada Nabi-Nabi lain, jawabnya ia adalah mukjizat sulit yang hanya diberikan Allah kepada Sulaiman sahaja, kerana setiap Rasul ada kelebihan dan mukjizat lain yang berbeza antara satu sama lain. Mukjizat Sulaiman ialah seluruh makhluk ciptaan Allah akan tunduk kepadanya, sehingga tidak ada satu pun kalangan jin dan manusia tidak mengikut perintahnya. Sepertimana Firman Allah dalam surah Saba ayat 13 yang bermaksud:

“Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa sahaja yang dikehendakinya dari gedung-gedung (istana) yang tinggi, patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada diatas tungku). Bekerjalah wahai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba Ku yang bersyukur (seperti Sulaiman).”

Namun setiap manusia yang beriman pasti di uji Nya, begitu juga dengan Sulaiman as. Kehebatan Sulaiman yang dikurniakan mukjizat yang tidak ada pada para Nabi lain yang membuatkan sekalian makhluk tunduk padanya, hanyalah semata-mata kurniaan dari Allah. Disebabkan itu Sulaiman as di uji untuk menjadi peringatan kepada manusia akhir zaman, bahawa kehebatan Sulaiman hanya pada kehendak Allah. Lalu Sulaiman as di uji dengan kekacauan kerajaannya menyebabkan orang merampas singgahsananya. Lalu Sulaiman bertaubat dan berdoa supaya Allah mengembalikan Tahtanya, Doa Sulaiman dikabulkan, kembalilah Sulaiman ke singgah sananya seperti Firman Allah dalam surah Saad ayat 34-35 bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman dan Kami jadikan (dia) terletak di atas kerusinya sebagai tubuh (yang lemah kerana sakit), Kemudian ia bertaubat.”

“Ia berkata, “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh sesiapa jua pun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi”

Amat Benar Firman Allah….. Wa Alla A’lam…

Sunday, May 23, 2010

Siapa Khidir?

Ramai ulama berpendapat bahawa Khidir adalah seorang nabi Allah, nama Khidir ini diguna di zaman Baginda Muhammad saw, sebelum itu nama penuh khidir adalah “Balya bin Malkam”. Ada pendapat mengatakan beliau adalah Elia atau St. George, namun itu bukan pendapat yang jelas. Khidir adalah seorang Nabi dan hamba Allah yang mempunyai kelebihan dalam ilmunya berbanding dengan nabi-nabi yang sepertimana yang diceritakan Allah dalam Al-Quran, Surah Al-kahfi ayat 65-82, Dimana Nabi Musa pergi mencari nabi Khidir untuk mempelajari ilmu dari nya. Khidir dari segi bahasanya bermaksud "seseorang yang hijau" yang bermaksud ketenangan jiwa dari sumber alam semulajadi.

Yang menariknya, nenek moyang kita mengatakan bahawa Muhammad saw juga dari keturunan Nabi Khidir, tetapi kepastiannya masih samar.Yang penulis tahu, Muhammad saw adalah dari keturunan Nabi Ismail as anak kepada Ibrahim as dan Siti Hajar. Itu adalah keturunan yang diakui sendiri oleh Muhammad saw. Pendapat nenek moyang kita yang mengatakan Muhammad saw adalah juga dari keturunan Khidir adalah melalui satu ilmu untuk memberi ucapan salam kepade Khidir, didalam salam itu tersebut nama penuh Khidir dan keturunan nya yang membawa kepada Muhammad saw seperti berikut:

Abu A’bas Khalis Laus Balya ibni malkam (Khidir)–ibni Soleh –ibni Faleh –ibni Fakhas –ibni Syam –ibni Nuh –Ibni Hasyim (Keturunan Muhammad saw)

Namun semua itu adalah andaian nenek moyang kita sahaja kerana tidak ada bukti kesasahihannya, jadi tidak perlulah dipangjangkan benda yang tidak ada kepastian.
Penulis ingin membicarakan tentang kaitan Khidir dan para wali Allah, Ada yang berpendapat bahawa sebahagian daripada para wali itu mempelajari pelbagai ilmu daripada nabi Khidir sendiri, Kesasihannya hanya Allah yang tahu, para wali ini dikurniakan oleh Allah pelbagai Karamah yang pelik tidak masuk akal dan kebanyakan dari mereka disembunyikan oleh Allah dari pandangan manusia umum seperti sabda Muhammad saw, disembunyikan para wali Allah itu dari pandangan manusia. Disebabkan itu ramai dikalangan para wali dikaitkan dengan Khidir as seperti seorang wali Kutub yang berada di baghdad yang bernama Abd Qadir Jailani.

Penulis diberi tahu bahawa antara beribu-ribu nabi, (Rujukan “Mystical Dimensions of Islam”) hanya ada 4 orang sahaja nabi yang mendapat kelebihan hidup kekal (umur yang terlampau panjang tetapi mereka harus wafat kerana mereka manusia), mereka adalah nabi Idris (Enoch), nabi Ilyas (Elias), nabi Isa (Jesus) dan nabi Khidir. 2 daripada mereka berada dilangit iaitu nabi Isa dan Idris, dan 2 lagi berada dibumi iaitu nabi Ilyas dan Khidir. Dimana tempatnya menjadi rahsia Allah, menurut Syaikh Imam M. Ma’rifatullah al-Arsy, Segitiga Bermuda merupakan tempat titik terujung di dunia ini, disitulah menjadi takhta semayang nabi Khidir, namun para perubatan islam mengatakan segitiga Bermuda adalah istana kerajaan iblis, wa-Allah A’lam.

Khidir dikatakan hidup kerana ia adalah salah seorang yang meminum air yang bernama Ainul Hayat, menurut yang diceritakan oleh Baginda Muhammad, Seorang pemerintah yang bernama Iskandar Zulkarnain yang memiliki wilayah jajahan dari barat hingga ke timur seperti yang disebutkan dalam Al-Quran surah Al-kahfi, (bukan Alexander the great kerana Alexander hidup dan berkuasa pada zaman sekitar 380 sebelum masihi) mempunyai seorang sahabat karib dan penasihat bernama Khidir, beliau didatangi Jibril dan berkata kepadanya “barangsiapa yang meminum ainul hayat, nescaya Allah akan mengekalkan hidupnya”. Lalu, atas dasar ingin beribadat pada Allah selama-lamanya, Iskandar mengerah tenteranya untuk mencari ainul hayat, namun tidak dijumpainya, kemudian Iskandar bersama sahabat karibnya sendiri keluar mencari air tersebut dan dijumpainya tetapi yang dapat minum, mandi dan berwuduk hanya sahabat iskandar sahaja iaitu khidir. Menurut riwayat bahawa sahabat iskandar yang bernama khidir itulah nabi khidir.

Nabi Khidir as juga salah seorang nabi yang dikatakan telah menjumpai kesemua nabi dan rasul yang pernah diutuskan oleh Allah bermula dari Adam as sehingga Muhammad saw. Riwayat ada mengatakan nabi khidir pernah bertanya 1 soalan kepada semua nabi dan rasul tetapi hanya seorang sahaja yang mampu menjawabnya iaitu Muhammad saw.
Penulis juga pernah membaca beberapa buah buku yang menceritakan beberapa peristiwa kemunculan Khidir dizaman para sahabat, antara yang menarik ialah kemunculan Khidir selepas kewafatan baginda Muhammad saw untuk menziarahi baginda buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

Berkata Ibnu Abu Dunia, yang didengarnya dari Kamil bin Talhah, dari Ubad bin Abdul Samad, dari Anas bin Malik, mengatakan: “Sewaktu Rasulullah SAW wafat, berkumpullah sahabat-sahabat beliau di sekeliling jenazahnya menangisi kewafatan baginda. Tiba-tiba datang kepada mereka seorang lelaki yang bertubuh tinggi memakai kain panjang. Dia datang dari pintu dalam keadaan menangis. Lelaki itu menghadap kepada sahabat-sahabat dan berkata: “Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, ada pengganti setiap ada yang hilang. Bersabarlah kamu kerana sesungguhnya orang yang diberi musibah itu akan diberi ganjaran.”

Kemudian lelaki itu pun menghilang daripada pandangan para sahabat. Abu Bakar As-Sidiq ra berkata: “Datang ke sini lelaki yang memberi takziah.” Mereka memandang ke kiri dan kanan tetapi lelaki itu tidak nampak lagi. Abu Bakar berkata: “Barangkali yang datang itu adalah Khidir, saudara nabi kita. Beliau datang memberi takziah atas kewafatan Rasulullah SAW.”

Namun dikatakan hadis ini adalah hadis daif dan Ubad yang meriwayatkan hadis ini tidak di iktiraf oleh Imam Bukhari. Kesimpulan yang kita dapat buat adalah, siapa pun Khidir, darimana dia berasal dan dimana dia tinggal, dia tetap seorang hamba Allah yang berupa manusia yang terikat pada fitrah kejadian. Merujuk kepada petua nenek moyang kita yang mengatakan nabi khidir yang memengang air penawar, ia bergantung pada anda, kalau anda kata air penawar itu penawarnya datang dari Khidir, akidah anda tepesong sama sekali, anda sama sekali tidak boleh meminta kepada sesiapapun dia hatta nabi Muhammad sendiri, tetapi akan boleh sekadar memberi salam kepadanya dan mendoakan sejahtera untuknya seperti mana anda ucapkan dalam solat “assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibaadillahi solihin” yang bermaksud salam keatas diri kami dan keatas hamba-hambaMu yang soleh.

Wa Allah-A’lam..

Saturday, May 22, 2010

Melumpuhkan Kezaliman

Kehidupan zaman globalisasi ini sering dikaitkan dengan tabiat bertuhankan wang ringgit, pangkat kebesaran, pengaruh yang berleluasa menjuruskan banyak penindasan samaada dari aspek batiniah dan mahupun fizikal. Persaingan hidup ini akan menimbulkan persengketaan, dengki mendengki, khianat mengkhianati dan zalim mengzalim di antara sesame manusia. Yang lemah akan sentiasa berada dibawah, diperlekehkan dan dilakukan apajua keatasnya, manakala yang yang berkuasa sentiasa berada diatas yang sangat rakus merampas hak orang tanpa memikirkan akibatnya. Namun tidak semua orang yang diatas bersikap demikian, mereka adalah golongan-golongan yang sentiasa mensyukuri nikmatNya, tetapi golongan ini adalah sedikit sahaja jauh untuk dibandingkan dengan mereka yang tidak bersyukur sepertimana selalu diungkapkan Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud “sedikit sahaja daripada mereka orang-orang yang bersyukur”.

Melihat anda yang semakin hari selangkah lebih maju, bermungkinan ada pihak yang mencemburui anda dan berniat keburukan untuk menzalimi anda. Oleh itu disini, penulis ingin berkongsi sedikit ilmu Allah kepada mereka yang sangat memerlukan untuk membenteng diri dari segala bentuk kezaliman Insya-Allah..

Bacaan amalannya :

فَقُطِعَ دَابِرَ ٱلْقَوْمِ ٱلَّذِيْنَ ظَلَمُوٱ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَلَمِينَ
(Surah AL An’am; 45) Baca 21 kali

يَا جَلَالَ Baca 73 kali


CARANYA:
Dirikanlah sholat sunat Hajat 2 rakaat pada malam Jumaat pukul 02.00 pagi, semasa sujud yang terakhir doa lah didalam hati supaya Allah melindungi anda dari segala bentuk kezaliman dan member petunjuk dan peringatan kepada mereka yang telah menzalimi anda. Setelah salam bacalah kedua-dua wirid amalan di atas. Insya Allah Anda akan terlindung dari kejahatan orang-orang yang berniat menzalimi anda baik yang nyata maupun gaib sifatnya. Allah akan memusnahkan mereka akibat dari perbuatan zalim mereka terhadap anda Insya-Allah. Anda harus yakin dengan kuasa Allah, untuk kesan yang lebih mendalam lakukan 3 malam jumaat berturut-turut.
Wa-Allah A’lam

Mengunci Binatang

Penulis ingin berkongsi sedikit ilmu dari nenek moyang kita yang mana tertulis didalam sebuah kitab bertajuk “pagar hikmat” yang ditulis oleh seorang ulama yang juga seorang pahlawan melayu yang terkenal iaitu “Tok Janggut”.

•Mengunci Anjing.

Baca ayat dibawah ini kemudian temukan hujung jari manis dengan ibu jari, iktikadkan dihati bahawa mulut anjing itu telah dikunci, mudah-mudahan Insya-Allah, anjing itu tidak akan menyalak lagi.

“Assalmu ‘alaka Qitmir”


•Menghalau binatang buas.

Diwiridkan membaca ayat dibawah ini , Isya-Allah binatang buas akan pergi jauh dari tempat kita.

“Bismillahirrahmannirrahim
Salamun ‘Ala Nuhin Fil ‘alamin, Innaka Hamidun Majid….” (Quran)

p/s- diceritakan bahawa, dizaman nabi Nuh as, Allah datangkan bala bencana yang dasyat berupa banjir besar selama 40 hari yang menenggelamkan seluruh dunia dan memusnahkan seluruh hidupan dimuka bumi ini. Atas suruhan Allah, baginda membina bahtera dan di muatkan oleh 83 orang pengikut setia nabi Nuh as, bekalan makanan dan juga pelbagai binatang (termasuk binatang buas) untuk dijadikan baka selepas tamatnya banjir besar, dan disitu binatang-binatang buas telah berjanji kepada nabi Nuh as, bahawa mereka tidak akan mengusik dan menggangu kepada sesiapa yang mengiramkan salam sejahtera kepada Baginda Nuh as..


•Membuang ular atau lipan.

1. ketika melihat lipan, sebutlah "tulang lauk, tulang lauk". maka ia tak boleh bergerak,..kemudian bolehlah di ambil dan buang jauh-jauh, minta jangan dibunuh.

2. ketika melihat ular, sebutlah "akar rotan, akar rotan". maka ia tak boleh bergerak...kemudian bolehlah di ambil dan buang jauh-jauh, minta jangan dibunuh.

Rujukan, Pagar Hikmat, Wa Allah A’lam…

Mengembalikan Dara Yang Kering

Allah swt telah menganugerahkan kepada tiap-tiap gadis mahkota sulit dan rahsia, iaitu “dara” yang disebut dalam bahasa arab “bikir”. Maka mahkota sulit ini hendaklah dipelihara dan dijaga dengan sebaik-baik nya, sekira nya mahkota itu tidak ada sama seperti ibarat raja tidak bermahkota.

Walaubagaimanapun dengan tidak disengajakan mahkota itu boleh tergugat sekiranya gadis-gadis mengangkat beban terlalu berat, berlaku kemalangan dan sebagainya. Disebabkan itulah orang tua-tua melarang anak gadis terlalu aktif dan agresif. Namun kesemua itu bukanlah penyebab utama kehilangan dara melainkan melakukan persetubuhan. Jadi selagi anda tidak melakukannya, anda tidak perlu risau tentangnya.

Adakala nya, dara itu kering(bukan rosak) dengan sendirinya apabila tubuh badan gadis itu terlalu subur dan bertambah hangat atau disentuh oleh haid atau pun faktor usia yang bertambah tua. Pecah nya dara pada malam pertama akan mengeluarkan darah dan akan menghasilkan sedikit bunyian seperti bunyi kita mematahkan jari jemari. Banyaknya kandunagan darah yang keluar itu bergantung pada peribadi dan genetik keturunan gadis tersebut. Jika tidak mengeluarkan darah pada malam pertama, itu bererti dara itu sudah kering tetapi bukannya rosak. Jadi tidak perlulah untuk dipersoalkan tentang keluarnya darah pada malam pertama selagi gadis itu menjaga kesuciannya.

Menurut pendapat pakar perubatan zaman sekarang, dara tidak mungkin boleh dikembalikan setelah kehilangannya, dan penulis bersetuju dengan pendapat itu. Namun penulis ada menjumpai satu petua rahsia nenek moyang kita untuk membaiki selapuk dara yang kering, tetapi bukan untuk mengembalikan dara yang hilang akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Keberkesanannya, penulis tidak dapat pastikan, tetapi penulis memberi tahu petua ini hanyalah semata-mata berkongsi pengetahuan sahaja.

Menurut petua ini, untuk membaiki selapuk dara yang kering, hendakalah mencari hempedu lembu jantan dan diserapkan air hempedu itu kepada segumpal kapas, kemudian kapas tersebut di letakkan betul-betul dibibir kemaluan gadis tersebut, dan dibiarkan dalam sedikit jangka masa. Insya-Allah…

Wa Allah A’lam…

Sunday, May 16, 2010

Wali-Wali Allah

Dari Abi Hurairah RA katanya, telah bersabda Rasulullah saw :
Sesungguhnya Allah swt telah berfirman:
"Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku isytiharkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan keatasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya." (Riwayat Imam Bukhari)

Hurainannya:

Barangsiapa yang menyakiti Wali-Ku, maka sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang kepadanya.

Wali menurut bahasa ertinya qarib yakni dekat. Jadi Wali Allah (kekasih Allah) ialah orang yang sentiasa bertaqarrub (mendekatkan dirinya) dengan Allah. Dan atas sebab maka itulah Imam An Nawawy mengertikan Wali Allah disini ialah orang yang beriman (mukmin). Jadi mukmin yang tekun beribadat lagi tabah dalam mentaati Allah, melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhkan dirinya daripada maksiat serta tidak terlalu mementingkan kesedapan duniawi, inilah yang disebut dengan Wali Allah. Wali Allah ada pada setiap masa dan zaman tetapi mereka susah dikenal pasti.

Golongan inilah yang cuba dijelaskan oleh Rasulullah kepada Saidina Omar Ibnu Al Khattab RA dalam dialog mereka:
Rasul: Para Nabi dan para syuhada akan cemburu kepada segolongan hamba Allah kelak diakhirat kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah padahal mereka bukan para Nabi.
Omar: Siapakah mereka wahai Rasul?
Rasul: Mereka ialah satu kaum yang saling mengasihi sesama mereka semata-mata kerana Allah, bukan kerana hubungan silaturrahim atau kerana harta. Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka bercahaya, mereka memiliki beberapa mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut dikala manusia lain merasa takut, dan mereka tidak sedih dikala manusia lain merasa sedih. Lalu Rasulpun membaca ayat 62-63 dari surah Yunus:
Maksudnya: Ingatlah, sesungguhnya Wali Wali Allah itu tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (Yunus: 62-63)



TINGKATAN PARA WALI ALLAH
Seperti para nabi-nabi dan rasul-rasul yang martabat serta kedudukan mereka tidak sama di antara satu sama lain, para Aulia juga diberi martabat berlainan. Di kalangan para Anbia dan Rasul yang jumlahnya sangat ramai itu pun (Nabi lebih 124,000 dan Rasul 315) yang wajib diketahui hanya 25 orang sahaja (Nabi dan Rasul) sedangkan yang bakinya tidak wajib diketahui. Daripada 25 orang Nabi dan Rasul itu ada pula lima orang yang dikurniakan martabat tinggi, dipanggil ‘Ulul Azmi’, iaitu Muhammad s.a.w., Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Nuh a.s. Para Aulia juga mempunyai martabat yang berbeza-beza. Namun tidak ada siapa yang dapat mengenal pasti siapakah di antara para Aulia itu yang tertinggi martabatnya kecuali Allah, kerana fungsi atau peranan para nabi dan Rasul. Seperti dijelaskan dahulu, para nabi dan rasul yang diutus kepada manusia harus membuktikan bahawa mereka dibekalkan oleh mukjizat yang dikurniakan Allah kepada mereka.
Tetapi para Aulia tidak wajib membuktikan diri mereka sebagai Aulia melalui karamah yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Bahkan para Aulia dikehendaki merahsiakan kewalian mereka, apalagi martabat mereka, kecuali dalam keadaan darurat atau terdesak sahaja. Sebab itu para Aulia tidak dapat dikenal pasti yang lebih tinggi martabatnya daripada yang lain, sedangkan bilangan mereka sangat ramai. Mungkin martabat para Aulia itu dapat dikenal hanya melalui karamah mereka, sedangkan karamah mereka pun tidak wajib ditontonkan kepada orang ramai, kecuali jika terdesak. Tingkatan para wali dapat dibahagikan kepada beberapa tingkatan sesuai dengan kedudukan mereka masing-masing di sisi Allah swt. Di antara mereka ada yang terbatas jumlahnya di setiap masanya, tetapi ada pula yang tidak terbatas jumlahnya Sehubungan dengan hal ini, Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi memberikan penjelasan tentang tingkatan dan pembahagian para wali seperti yang diterangkan dalam kitabnya FUTUHATUL MAKKIYAH pada bab ke tujuh puluh tiga yang diringkas oleh Syeikh Al Manawi dalam mukaddimah Thabaqat Sughrahnya sebagai berikut:

PEMBAHAGIAN WALI-WALI ALLAH

1. Al-Aqtab
Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa’ur Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.
2. Al-A immah
Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.
3. Al-Autad
Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya. Kajian telah menjumpai seorang di antara mereka dikota Fez di Morocco. Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi yang akan menjaga dan memerintah di penjuru masing-masing.
4. Al-Abdal
Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash: “Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan, yaitu sering lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri”.
5. An-Nuqaba’
An Nuqaba’ berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba’ dalam setiap masanya hanya ada dua belas orang. Wali Nuqaba’ itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang. Selanjutnya mereka pun mampu untuk meramal tentang watak dan nasib seorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Kalau ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap rahsia seorang setelah melihat bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada seorang waliNya?
6. An-Nujaba’
An Nujaba’ berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia. Wali Nujaba’ pada umumnya selalu disukai orang. Dimana sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai. Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak lebih dari lapan orang.
7. Al-Hawariyun
Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan diganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabda Nabi: “Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam”. Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi baginda. Tetapi baginda saw berkata demikian, kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang berani dan pandai berhujjah.
8. Al-Rajbiyun
Ar Rajbiyun berasal dari kata tunggal Rajab. Wali Rajbiyun itu adanya hanya pada bulan Rajab saja. Mulai awal Rajab hingga akhir bulan mereka itu ada. Selanjutnya keadaan mereka kembali biasa seperti semula. Setiap masa, jumlah mereka hanya ada empat puluh orang sahaja. Para wali Rajbiyun ini berpecah di berbagai wilayah. Di antara mereka ada yang saling mengenal, tapi kebanyakannya tidak.
Disebutkan bahawa ada sebahagian orang dari Wali Rajbiyun yang dapat melihat hati orang-orang Syiah melalui kasyaf. Ada dua orang Syiah yang mengaku sebagai Ahlu Sunnah dihadapan seorang wali Rajbiyun. Lalu keduanya diusir, kerana wali Rajbiyun itu melihat keduanya berupa dua ekor babi, sebab keduanya membenci Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat lain. Keduanya hanya mencintai Ali dan sejumlah sahabatnya. Ketika keduanya bertanya padanya, maka si wali tersebut berkata: “Aku lihat kamu berdua berupa dua ekor babi, kerana kamu menganut mazhab Syiah dan membenci para sahabat Nabi”. Ketika berita itu disedari kebenarannya oleh keduanya, maka keduanya mengaku benar dan segera memohon ampun kepada Allah. Demikianlah secebis kisah kasyaf seorang wali Rajbiyun.
Pada umumnya, di bulan Rajab, sejak awal harinya, para wali Rajbiyun menderita sakit, sehingga mereka tidak dapat menggerakkan anggota tubuhnya. Selama bulan Rajab, mereka senantiasa mendapat berbagai pengetahuan secara kasyaf, kemudian mereka memberitahukannya kepada orang lain. Anehnya penderitaan mereka hanya berlangsung di bulan Rajab. Setelah bulan Rajab berakhir, maka kesehatan mereka kembali seperti semula.
9. Al-Khatamiyun
Al Khatamiyun berasal dari kata Khatam yang mempunyai erti penutup atau penghabisan. Maksudnya darjat AlKhatamiyun adalah sebagai penutup para wali. Jumlah mereka hanya seorang. Tidak ada darjat kewalian umat Muhammad yang lebih tinggi dari tingkatan ini. Jenis wali ini hanya akan ada di akhir masa, iaitu ketika Nabi Isa as.datang kembali.
Di antaranya, ada para Wali yang hatinya seperti Nabi Adam as. Jumlah mereka hanya tiga ratus orang. Sabda Nabi saw: “Mereka berhati seperti hati Adam as”. Mereka diberi anugerah tersendiri oleh Allah swt. Syeikh Muhyidin berkata: “Jumlah wali jenis ini bukan hanya tiga ratus orang saja dikalangan umatnya, tetapi ada juga dikalangan umat-umat lain. Tentang keberadaan mereka hanya dapat diketahui secara kasyaf. Setiap masanya dunia tidak pernah kosong dari keberadaan mereka. Mereka mempunyai budi pekerti Ilahi, mereka amat dekat disisi Allah. Doa mereka selalu diterima oleh Allah.
Mereka senang dengan doa: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami suka menganiaya diri kami. Jika Engkau tidak berkenan memberi ampunan dan kasih sayang kepada kami, pasti kami akan termasuk orang-orang yang rugi”. Di antara mereka ada pula yang berhati seperti hati Nabi Nuh as. Jumlah mereka hanya empat puluh orang di setiap zamannya. Hati mereka seperti hatinya Nabi Nuh as. Beliau adalah Nabi dan Rasul pertama. Mereka suka berdoa, seperti doa Nabi Nuh as yang ertinya: “TuhanKu, ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan sesiapa sahaja dari orang beriman, lelaki ataupun wanita yang masuk ke dalam rumahku dan jangan Engkau tambahkan bagi orang-orang yang berbuat aniaya kecuali kebinasaan”. Tingkatan wali dari jenis ini sukar diraih orang, sebab ciri khas mereka sangat keras dalam menegakkan agama, seperti sifat Nabi Nuh as. Mereka selalu memperhatikan sabda Nabi saw yang ertinya: “Barangsiapa yang beribadah selama empat puluh hari dengan penuh ikhlas, maka akan terpancar ilmu hakikat dari lubuk hatinya ke lidahnya”.
Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Nabi Ibrahim. Jumlah wali jenis ini hanya ada tujuh orang dalam setiap zamamnya. Rasulullah saw pernah menceritakan tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Mereka suka dengan doa
Nabi Ibrahim as yang ertinya: “Tuhanku, berikan kepadaku kebijaksanaan, dan ikutkan aku kepada orang-orang salih”. Mereka diberi keistimewaan yang luar biasa, hati mereka dibersihkan dari rasa ragu, rasa dengki dan rasa buruk sangka terhadap Khalik maupun makhluk, mereka terlindung dari sebarang perbuatan buruk. Syeikh Muhyiddin berkata: “Aku pernah menemui salah seorang dari jenis wali tersebut, aku kagum dengan kemuliaan budi pekertinya, luas pengetahuannya dan kesucian hatinya, sampai aku beranggapan bahwa kesenangan syurga telah dipercepatkan baginya”. Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Jibril. Jumlah wali jenis ini hanya ada lima orang sahaja dalam setiap zamannya. Rasulullah saw pernah menyebut tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Mereka diberi kekuatan seperti yang diberikan kepada malaikat Jibril yang amat kuat.
Di hari kiamat kelak, mereka akan dikumpulkan dengan malaikat Jibril. Dan malaikat Jibril senantiasa membantu rohani mereka, sehingga mereka selalu terpimpin. Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Mikail as. Jumlah mereka hanya ada tiga orang sahaja dalam setiap masanya. Keistimewaan mereka suka berlemahlembut terhadap semua orang, dan mereka diberi kekuatan seperti Malaikat Mikail. Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Israfil. Jumlah mereka hanya ada satu orang sahaja dalam setiap zamann. Nabi saw pernah menyebut tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Menurut pengamatan kami,Syeikh Abu Yazid Al Bustami termasuk salah seorang dari jenis wali ini. Termasuk juga Nabi Isa as. Syeikh Al Muhyiddin berkata: “Di antara tokoh-tokoh sufi ada yang diberi hati seperti hati Nabi Isa, kedudukan mereka sangat tinggi di sisi Allah swt”. Di antaranya pula ada yang diberi hati seperti hati Nabi Daud as. Jumlah mereka di setiap masa hanya terbatas beberapa orang saja. Mereka diberi berbagai keistimewaan, kedudukan tinggi di dunia dan ketebalan iman.
10. Rijalul Ghaib
Di antaranya pula ada yang diberi pangkat Rijalul Ghaib atau manusia-manusia misteri. Jumlah wali jenis ini hanya sepuluh orang di setiap masa. Mereka orang-orang yang selalu khusyu’, mereka tidak berbicara kecuali dengan perlahan atau berbisik, kerana mereka merasa bahwa Allah swt selalu mengawasi mereka. Mereka sangat misteri, sehingga keberadaan mereka tidak banyak dikenal kecuali oleh ahlinya. Mereka selalu rendah hati, malu dan mereka tidak banyak mementingkan kesenangan dunia. Boleh dikata segala tindak tanduk mereka selalu misteri. Di antaranya pula ada yang selalu menegakkan agama Allah. Jumlah mereka hanya lapan belas orang di setiap masa. Ciri khas mereka adalah selalu menegakkan hukum-hukum Allah. Dan mereka bersikap keras terhadap segala penyimpangan.
Syeikh Abu Madyan termasuk salah seorang di antara mereka. Beliau berkata kepada murid-muridnya: “Tampilkan kepada manusia tanda redha kamu sebagaimana kamu menampilkan rasa ketidaksenangan kamu, dan perlihatkan
kepada manusia segala nikmat yang diberikan Allah, baik yang zahiriyah mahupun batiniyah seperti yang dianjurkan Allah dalam firmanNya berikut:
“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaknya engkau menyebut-nyebutnya sebagai tanda bersyukur”26
26 Surah Adh Dhuha: 11
11. Rijalul Quwwatul Ilahiyah
Di antaranya pula ada wali yang dikenal dengan nama Rijalul Quwwatul Ilahiyah ertinya orang-orang yang diberi kekuatan oleh Tuhan. Jumlah mereka hanya lapan orang sahaja di setiap zaman. Wali jenis ini mempunyai keistimewaan, iaitu sangat tegas terhadap orang-orang kafir dan terhadap orang-orang yang suka memperkecilkan agama. Sedikit pun mereka tidak takut oleh kritikan orang. Di kota Fez ada seorang yang bernama Abu Abdullah Ad Daqqaq. Beliau dikenal sebagai seorang wali dari jenis Rijalul Quwwatul Ilahiyah. Di antaranya pula ada jenis wali yang sifatnya keras dan tegas. Jumlah mereka hanya ada 5 orang disetiap zaman. Meskipun watak mereka tegas, tetapi sikap mereka lemah lembut terhadap orang-orang yang suka berbuat kebajikan.
12. Rijalul Hanani Wal Athfil Ilahi
Di antaranya pula ada jenis wali yang dikenal dengan nama Rijalul Hanani Wal Athfil Illahi ertinya mereka yang diberi rasa kasih sayang Allah. Jumlah mereka hanya ada lima belas orang di setiap zamannya. Mereka selalu bersikap kasih sayang terhadap manusia baik terhadap yang kafir mahupun yang mukmin. Mereka melihat manusia dengan pandangan kasih sayang, kerana hati mereka dipenuhi rasa insaniyah yang penuh rahmat.
13. Rijalul Haibah Wal Jalal
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Haibah Wal Jalali. Jumlah mereka hanya empat orang di setiap masa. Jenis wali tingkatan ini dikenal sebagai orang-orang yang hebat dan mengkagumkan, meskipun sifat mereka lemah lembut, tetapi orang-orang yang menemui mereka akan tunduk. Mereka tidak dikenal di bumi, tapi mereka adalah orang-orang yang dikenal di langit. Di antara mereka ada yang mempunyai hati seperti Nabi Muhammad saw, ada pula yang mempunyai hati seperti Nabi Syuaib, Nabi Salleh dan Nabi Hud. Sayyid Muhyiddin berkata: “Aku pernah menemui wali golongan ini di kota Damsyik”.
14. Rijalul Fathi
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Fathi. Ertinya rahsia-rahsia Allah swt selalu terbuka bagi mereka. Jumlah mereka hanya ada 24 orang di setiap masanya. Jumlah mereka sama dengan bilangan jam, yaitu 24 orang. Meskipun demikian, mereka tidak pernah berkumpul di satu tempat dalam jumlah sebanyak itu. Adanya mereka menyebabkan terbukanya pintu-pintu pengetahuan, baik yang nyata mahupun yang rahsia.
15. Rijalul Ma’arij Al’-‘Ula
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam kelompok Rijalul Ma’arij Al ‘Ula. Jumlah mereka hanya tujuh orang di setiap masa. Mereka termasuk wali-wali tingkatan tinggi, hamper setiap saatnya mereka naik ke alam malakut, mereka adalah orang-orang pilihan.
16. Rijalu Tahtil Asfal
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu Tahtil Asfal, iaitu mereka yang berada di alam terbawah di bumi. Jumlah mereka tidak lebih dari 21 orang di setiap masa. Ciri khas wali ini, hati mereka selalu hadir di hadapan Allah.
17. Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kaun
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kauni, iaitu mereka yang selalu mendapat kurniaan Ilahi. Jumlah mereka tidak lebih dari tiga orang di setiap masa. Mereka selalu mendapat pertolongan Allah untuk menolong manusia sesamanya. Sikap mereka dikenal lemah lembut dan berhati penyayang. Mereka senantiasa menyalurkan anugerah-anugerah Allah kepada manusia. Pokoknya, adanya mereka menunjukkan berpanjangannya kasih sayang Allah kepada makhlukNya.
18. Ilahiyun Rahmaniyun
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Ilahiyun Rahmaniyun, iaitu manusia-manusia yang diberi rasa kasih sayang yang luar biasa. Jumlah mereka ini hanya tiga orang di setiap masa. Sifat mereka seperti wali-wali Abdal, meskipun mereka tidak termasuk didalamnya. Kegemaran mereka suka mengkaji firman-firman Allah.
19. Rijalul Istithaalah
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Istithaalah, iaitu manusia-manusia yang selalu mendapat pertolongan Allah. Jumlah mereka hanya seorang dalam setiap masa. Yang termasuk kelompok ini adalah Syeikh Abdul Qadir Jilani. Mereka selalu menolong manusia dan mereka sangat ditakuti.
20. Rijalul Ghina Billah
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Ghina Billah, iaitu orang-orang yang tidak memerlukan kepada manusia sedikit pun. Jumlah mereka hanya dua orang di setiap masanya. Mereka selalu mendapat siraman rohani dari alam malakut, sehingga kelompok ini tidak memerlukan kepada bantuan sesiapa pun, selain bantuan Allah.
21. Rijalu ‘Ainut Tahkim Waz Zawaid
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu ‘Ainut Tahkim Waz Zawaid. Jumlah mereka hanya sepuluh orang di setiap zamannya. Mereka senantiasa meningkatkan keyakinannya terhadap masalah-masalah yang ghaib. Seluruh hidup mereka terlihat aktif di semua aktivitas ibadah.
22. Rijalul Isytiqaq
Diantaranya pula ada yang termasuk dalam golongan RijalulIsytiqaq, iaitu mereka yang selalu rindu kepada Allah. Jumlah mereka hanya lima orang di setiap zamannya. Kegemaran mereka hanya memperbanyakkan solat di siang hari dan di malam hari.
23. Al-Mulamatiyah
Di antaranya, ada yang termasuk dalam golongan Al Mulamatiyah. Mereka tergolong dari wali darjat yang tinggi, pimpinan tertingginya adalah Nabi Muhammad saw. Mereka sangat berhati-hati dalam melaksanakan syariat Islam. Segala sesuatu mereka tempatkan di tempatnya yang tepat. Tindak tanduk mereka selalu didasari rasa takut dan hormat kepada Allah. Sudah tentu keberadaan mereka sangat diperlukan, meskipun mereka tidak terbatas. Ada kalanya jumlah mereka meningkat, tetapi ada kalanya pula jumlah mereka berkurangan.
24. Al-Fuqara’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan AlFuqara’. Jumlah mereka ada kalanya meningkat dan ada kalanya berkurangan. Ciri khas mereka ini selalu merendahkan diri. Mereka merasa rendah di hadapan Allah.
25. As-Sufiyyah
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam kelompok As Sufiyyah. Jumlah mereka tidak terbatas. Ada kalanya membesar dan ada kalanya pula berkurangan. Mereka dikenal sebagai wali yang amat luhur budi pekertinya. Mereka selalu menghias diri mereka dengan kebajikan-kebajikan yang sesuai dengan ketinggian budi pekerti mereka.
26. Al-‘Ibaad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al ‘Ibaad. Mereka dikenali sebagai orang-orang yang suka beribadah. Pokoknya, ibadah merupakan kegiatan mereka sehari-hari, mereka suka mengasingkan diri di gunung-gunung, di lembah-lembah dan di pantai-pantai. Di antara mereka ada yang mahu bekerja, tetapi kebanyakan dari mereka meninggalkan semua kegiatan duniawi. Puasa sepanjang masa dan beribadah di malam hari merupakan syiar mereka. Sebab, menurut mereka dunia ini adalah tempat untuk menyuburkan amal-amal di akhirat. Abu Muslim Al Khaulani adalah di antara wali tingkatan ini. Biasanya jika ia merasa letih ketika beribadah di malam hari, maka ia memukul kedua kakinya seraya berkata: “Kamu berdua lebih pantas dipukul dari binatang ternakanku”.
27. Az-Zuhaad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Az Zuhaad. Mereka termasuk orang-orang yang suka meninggalkan kesenangan duniawi. Mereka mempunyai harta, tetapi mereka tidak pernah menikmatinya sedikitpun, sebab, seluruh hartanya mereka nafkahkan pada jalan Allah. Sayyid Muhyiddin berkata: “Di antara bapa saudaraku ada yang tergolong dari wali tingkatan ini”. Disebutkan bahawa Syeikh Abdullah At Tunisi, seorang ahli ibadah di masanya, ia dikenal sebagai salah seorang wali Az Zuhad. Pada suatu hari, penguasa kota Tilmasan menghampiri tempat Syeikh Abdullah seraya berkata kepadanya: “Wahai Syeikh Abdullah, apakah aku boleh solat dengan pakaian kebesaranku ini?” Mendengar pertanyaan itu, Syeikh Abdullah tertawa. Tanya si penguasa: “Mengapa engkau tertawa, wahai Syeikh? Jawab Syeikh Abdullah: “Aku tertawa kerana lucunya pertanyaanmu tadi, sebab mengapa engkau bertanya kepadaku seperti itu, padahal pakaianmu dan makananmu dari harta yang haram?” Mendengar jawaban Syeikh Abdullah seperti itu, maka si penguasa menangis dan menyatakan taubatnya kepada Syeikh, selanjutnya ia meninggalkan kekuasaannya demi untuk mengabdikan diri kepada Syeikh Abdullah, sehingga beliau berkata: “Mintalah doa kepada Yahya Bin Yafan, sesungguhnya ia adalah seorang penguasa dan seorang ahli zuhud, andaikata aku diuji sepertinya, mungkin aku tidak dapat melaksanakannya”.
28. Rijalul Maa’i
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Rijalul Maa’i. Mereka adalah para wali yang senantiasa beribadah di pinggir-pinggir laut dan sungai. Mereka tidak banyak dikenal, kerana mereka suka mengasingkan diri. Disebutkan, bahwa Syeikh Abu Saud Asy Syibli pernah berada di pinggir sungai Dajlah di Baghdad. Ketika hatinya bergerak: “Apakah ada di antara hamba-hamba Allah yang beribadah di dalam air?” Tiba-tiba ada seorang yang muncul dari dalam air seraya berkata: “Ada, wahai Abu Saud. Di antara hamba-hamba Allah ada juga yang beribadah di dalam air dan aku termasuk di antara mereka. Aku berasal dari negeri Takrit, aku sengaja keluar, kerana beberapa hari mendatang akan terjadi musibah di negeri Baghdad”. Kemudian ia menghilang ke dalam air. Kata Abu Saud: “Ternyata tidak lebih dari lima belas hari musibah memang terjadi.”
29. Al-Afrad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Afrad. Mereka termasuk wali-wali berkedudukan tinggi. Di antara mereka adalah Syeikh Muhammad Al ‘Awani, sahabat karib Syeikh Abdul Qodir Al Jailani. Mereka ini jarang dikenal manusia awam, kerana kedudukan mereka terlalu tinggi. Jumlah mereka tidak terbatas. Ada kalanya jumlah mereka meningkat dan ada kalanya pula berkurangan.
30. Al-Umana’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Umana’ artinya orang-orang yang dapat diberikan kepercayaan. Di antara mereka adalah Abu Ubaidah Ibnul Jarrah, sepertimana yang disebutkan oleh Nabi saw: “Abu Ubaidah adalah orang yang paling dapat diberi kepercayaan di antara umat ini”. Jumlah mereka tidak terbatas. Mereka jarang dikenal manusia, kerana mereka tidak pernah menonjol ditengah masyarakatnya.
31. Al-Qurra’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Qurra’. Mereka ahli membaca Al Quran. Menurut sebuah hadis, wali-wali ini termasuk orang-orang yang dekat dengan Allah, kerana mereka ahli Al Quran. Dan mereka harus dimuliakan. Syeikh Sahal Bin Abdullah At Tusturi termasuk di antara mereka.
32. Al-Ahbab
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Ahbab, iaitu orang-orang yang dikasihi. Jumlah mereka tidak terbatas, adakalanya meningkat, adakalanya pula berkurangan. Mereka mencapai tingkatan ini disebabkan mereka melaksanakan segala ibadah dan takarrub kerana cinta kepada Allah. Ibadah yang didasari cinta, lebih baik dari ibadah yang berharap pahala dan syurga. Maka sebagai imbalan baik bagi mereka, mereka mendapat kasih sayang Allah yang luar biasa.
33. Al-Muhaddathun
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Muhaddathun, iaitu orang-orang yang selalu diberi ilham oleh Allah. Menurut hadits Nabi, ada sebahagian dari umatku yang diberi ilham dari Allah. Maka Umar Bin Al Khattab termasuk salah satu dari mereka. Sayyid Muhyiddin Ibnu Arabi ra berkata: “Di zaman kami ada pula wali-wali Al Muhaddathun, di antaranya adalah Abul Abbas Al Khasyab dan Abu Zakariya Al Baha-i”. Para wali yang tergolong dalam golongan ini senantiasa mendapat bisikan-bisikan rohani dari penduduk alam malakut, misalnya dari Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail, sebab rohani mereka sudah dapat menembus alam arwah atau alam malakut.
34. Al-Akhilla’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Akhilla’. Mereka adalah orang-orang yang dicintai Allah, sebab segala ibadah yang mereka lakukan selalu didasari cinta kepada Allah. Jumlah mereka tidak terbatas, adakalanya meningkat dan adakalanya berkurangan.
35. As-Samra’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan As Samra’. Erti kata As Samra’ adalah berkulit hitam manis. Jumlah mereka tidak terbatas. Mereka termasuk orang-orang yang senantiasa berdialog dengan Allah, sebab hati mereka selalu dipenuhi rasa ketuhanan yang tiada taranya.
36. Al-Wirathah
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Wirathah, iaitu mereka yang mendapat warisan dari Allah. Mereka adalah para ulama, pewaris para Nabi. Kelompok ini termasuk orang-orang yang gemar beribadah sampai melebihi dari batas kemampuannya. Mereka suka mengasingkan diri di tempat-tempat terpencil demi untuk memenuhi kecintaannya kepada Allah.

KARAMAH
Karamah merupakan perkara luar biasa yang berlaku ke atas ulama atau wali Allah. Mereka adalah golongan insan yang beriman dan beramal soleh, ikhlas dalam perkataan, perbuatan serta menjadikan seluruh kehidupan mereka hanya untuk beribadah kepada Allah SWT. Para kekasih Allah sangat menumpukan seluruh perhatiannya kepada Allah dan Allah pun senantiasa memperhatikannya bahkan menjadikan insan soleh tersebut lebih dekat kepadaNya. Karamah berlaku sepanjang zaman sejak dahulu hingga ke hari ini. Begitu halnya dari kalangan para sahabat, ramai memiliki karamah atau kelebihan yang luar biasa. Mereka beriman dengan kejernihan kalbu, kecintaan terhadap Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya bahkan kasih sayang mereka terhadap orang mukmin sangat mendalam, sehingga akhirnya mereka memperoleh darjat yang tinggi.
Karamah berasal dari kata Ikraam yang mempunyai erti penghargaan dan pemberian. Allah mengurniakan wali-waliNya berbagai kejadian luar biasa atau yang biasa disebut karamah. Hal itu diberikan kepada mereka sebagai rahmat dari Allah dan bukan kerana hak mereka. Karamah biasa disebut sebagai kejadian yang luar biasa yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya yang selalu meningkatkan taraf ibadahnya dan ketaatannya. Karamah itu diberikan sebagai suatu pembekalan ilmu atau sebagai ujian bagi seorang wali. Dan karamah boleh terjadi tanpa sebab dan tanpa adanya tentangan dari orang lain.

PENJELASAN TENTANG KEJADIAN-KEJADIAN LUAR BIASA
Allah telah menganugerahkan kepada manusia khusus dan awam 8 perkara luar biasa yang mencarit adat yang boleh berlaku ke atas manusia. Perkara luar biasa itu bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu, 4 perkara yang dipuji dan 4 perkara yang dikeji dan menyalahi ajaran Islam. Ramai daripada kalangan orang Islam sendiri yang terkeliru tentang konsep dan perbezaan perkaraperkara tersebut, kadang-kala masyarakat tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana mesti dijauhi. Bagi menjelaskan kekeliruan itu maka dijelaskan serba ringkas tentang perkara-perkara tersebut, agar kita semua dapat membuat penilaian dengan sebaik-baiknya.

Mukjizat
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada seorang nabi atau rasul untuk menguatkan kenabian dan kerasulannya.
Karamah
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada seorang hamba yang salih atau wali, dan ia tidak mengaku sebagai seorang nabi atau rasul.
Ma’unah
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada sebagian orang awam untuk melepaskan dirinya dari kesulitan.
Ihaanah
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada seorang pembohong yang mengaku sebagai nabi, seperti yang pernah diberikan kepada Musailamah Al Kadzab. Ia pernah meludah di sebuah sumur dengan harapan agar airnya bertambah banyak, tetapi pada kenyataannya airnya mengering, dan ia pernah meludah pada mata seorang yang juling, agar matanya sembuh, tetapi pada kenyataannya mata orang itu menjadi buta.
Istidraj
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada orang fasik yang mengaku sebagai wakil Tuhan dengan mengemukakan berbagai dalil untuk menguatkan kebohongannya.Menurut Ijma’, biasanya seorang yang mengaku sebagai nabi, maka ia tidak akan diberi kejadian luar biasa.
Irhaas
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada seorang nabi meskipun ia belum diutus, seperti adanya naungan awan bagi Rasulullah saw di masa kecilnya.
Sihir
Suatu cara yang dapat menampilkan berbagai perbuatan yang aneh bagi yang tidak mengerti seluk beluknya, tetapi seluk beluknya itu dapat dipelajari.
Sya’wazah
Kejadian luar biasa yang biasa timbul di tangan seseorang, sehingga menimbulkan pesona bagi yang melihatnya meskipun kejadian itu tidak terjadi.
Wa- Allahu A’lam.

Hikmah Bismillah 6

Menurut riwayat, ayat ini telah di ajarkan oleh Jibril as kepada Baginda Rasulullah saw sebagai pelindung dan pendinding dari segala kejahatan makhluk, Jibril berkata barang siapa membacanya, Allah akan menunaikan segala hajatnya dan diluaskan rezekinya, dibaca pada isteri akan kasih ia pada suaminya, dibaca pada medan perang akan pecah belah segala musuhnya, dibaca pada penyakit akan sembuhnya, malaikat akan memuliakan orang yang membacanya, binatang buas tidak akan memberi mudarat padanya, akan melumpuhkan segala kezaliman terhadapnya, akan dihilangkan ia dari pandangan musuhnya, akan memusnahkan syaitan yang merasuk anak adam, akan melihat ia perkara-perkara ghaib dan akan ditawarkan segala bisa binatang dengan izin Allah dengan berkat doa ini...

بِسْمِ اللهِ السَّمِيْعِ البَصِيْرِ الَّذِي لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ

بِسْمِ اللهِ الْخَلاَّقِ العَلِيْمِ الذي ليس كمثله شيء وهو الْفَتاَّحُ الْعَلِيْمُ

بِسْمِ اللهِ الذي ليس كمثله شيء وهو الْعَلِيْمُ الْخَبِيْرُ

بِسْمِ اللهِ الذي ليس كمثله شيء وهو الْعَلِيْمُ الْقَدِيْرُ

بِسْمِ اللهِ الْعَزِيْزِ الْكَرِيْمِ الذي ليس كمثله شيء وهو الْعَزِيْزُ الْكَرِيْمُ

بِسْمِ اللهِ الْغَفُوْرِ الرَّحِيْمِ الذي ليس كمثله وهو الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ (٦٤) سورة يوسف

Maksudnya:
Dengan Nama Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat Tiada Yang Seumpama Dengannya Dan Maha Mengetahui Pada Setiap Sesuatu,
Dengan Nama Allah Yang Berkuasa Menjadikan Lagi Maha Mengetahui Tiada Yang Seumpama Dengannya Yang Maha Pembuka Lagi Amat Mengetahui,
Dengan Nama Allah Yang Tiada Seumpama Dengannya Yang Maha Mengetahui Lagi Mengetahui Perkara Yang Tersembunyi,
Dengan Nama Allah Yang Tiada Seumpama Dengannya Yang Maha Mengetahui Lagi Berkuasa,
Dengan Nama Allah Yang Gagah Perkasa Lagi Pemurah Tiada Yang Seumpama Dengannya Yang Maha Gagah Perkasa Lagi Maha Pemurah,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang Tiada Yang Seumpama Dengannya Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang,
Allah jualah sebaik-baik penjaga dan Dialah Maha Penyayang Diantara Para Penyayang.

Doa ini juga disebut dengan nama Bismillah Tujuh apabila dimulai dengan
بسم الله الرحمن الرحيم pada rangkap pertama. Antara khasiatnya:

1. Mengubati segala penyakit terkena bisa termasuk bisa kerana sengat binatang seperti ikan, lebah, ular dan lain-lain.
2. Mengubati segala jenis racun yang diperbuat dari bahan-bahan yang mendatangkan bisa seperti racun ulat bulu mati beragan, racun hempedu katak bisa, racun miang rebung, racun kaca bal lampu.
3. Segala jenis santau.
4. Menjadi selusuh kepada perempuan beranak.
5. Mengkabulkan segala cita-cita dan hajat.
6. Terpelihara daripada segala merbahaya seteru dan musuh.
7. Dibaca untuk menang berperang.
8. Untuk menghalau jin dan syaitan.
9. Memelihara tanaman daripada binatang.
10. Mengubat orang gila.

Cara Berubat

1. Letakkan tangan ditempat sakit, tahan nafas dan baca al-Fatihah dan Bismillah Enam.
2. Tiup ditempat sakit dan urut sedikit.
3. Baca juga di air untuk disapukan ditempat sakit dan buat minum.
4. Angin akan keluar dari badan pesakit dan diikuti muntah insya Allah.





Panah Makrifat Untuk Menundukkan Musuh

1. Untuk menghadapi orang terutama sekali orang berpangkat atau garang.
2. Duduk dirumah dahulu sebelum melangkah keluar.
3. Hadirkan wajah orang yang akan dijumpai dihadapan kita.
4. Baca Bismillah Enam (3X) dan hembuskan kepada wajah orang yang kita hadirkan tadi.
5. Kemudian barulah melangkah keluar rumah.

Kaifiat khusus:

1. Ada cara-cara tertentu untuk mengambil amalan Bismillah Enam secara khusus.
2. Paling kurang bagi yang tidak berijazah amalkan 3X pagi 3X malam, moga-moga Allah memberi kelebihan Bismillah Enam kepada kita.

Kemudian disebut setengah Ahli Hikmah diantara faedah ayat dari surah Yusuf, ayat 64:

فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Untuk maqbul hajat, ubat dari penyakit dengan membaca sebanyak 3333X atau semampunya.
InsyaAllah anda akan dapat merasai keberkesananya.

P/s - Pengamalannya tidak mempunyai pantang larang atau syarat dan tidak mempunyai kesan sampingan yang buruk, InsyaAllah..

Wa-Allahu A'lam

Rahsia Mengenal Kegadisan (Dara)

Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi. Tetapi ini sama sekali tidak ada kaitan dengan menilik nasib dan seangkatan dengannya, sebaliknya penemuan ini dibuktikan melalui kajian saintifik.

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak tangannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut.

Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal. Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda hanya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.

Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan. Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.

Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda. Wa-Allahu A’lam.