Custom Search

Monday, May 24, 2010

Isim Barhatiyah

Satu lagi Ilmu peninggalan nenek moyang kita yang ada kaitan dengan Baginda Sulaiman as ialah “Isim Barhatiah”. Seperti juga 40 kaf, isim ini adalah 1 pekataan yang menggunakan bahasa suryani, iaitu bahasa dituturkan dizaman Nabi Daud dan Sulaiman as. Diceritakan bahawa, sesiapa yang mengamalkan isim ini ia mampu menundukkan makhluk Allah termasuk jin, manusia dan penghuni alam ghaib. Pengamalnya dikatakan akan kelihatan sehebat Baginda Sulaiman as yang mampu menundukkan jin dan manusia. Pengamalannya berbentuk doa memohon kepada Allah atas hajat kita bersandarkan Isim barhatiah, Doa tersebut didalam bahasa arab tetapi isim barhatiah tetap disebut dalam bahasa suryani.

Isim ini mengandungi 28 perkataan, walaupun ada mereka yang mengatakan ia mempunyai 30 perkataan tetapi yang dapat dikenal pasti hanya 28 perkataan sahaja. Antara 28 isim itu disebut ialah:

1. Barhatiihin
2. Kariirin
3. Tatliihin
4. Thouroonin
5. Mazjalin
6. Bazjalin
7. Tarqobin
8. Barhasyin
9. Gholmasyin
10. Hauthiirin
11. Qalnahuudin
12. Barsyaanin
13. Kazhohiirin
14. Namuu syalakhin
15. Barhayuula
16. Basykailakhin
17. Qazmazin
18. An-gholulaithin
19. Qobrootin
20. Ghayaahaa
21. Kaidahuula
22. Syamkhaahirin
23. Syamkhohiirin
24. Syamhaahiirin
25. Bikahthohuuniihin
26. Basyaarisyin
27. Thuunasyin
28. Syamkhoo baaruuhin

Apabila dibaca bunyinya seakan bahasa arab tetapi seperti yang penulis katakan bahawa perkataan tersebut tidak ada didalam kamus bahasa arab, ia ialah bahasa suryani. Perjalanan penulis mengenai isim ini, bermacam-macam yang penulis dengar, ada mereka yang mengatakan ia adalah nama-nama khadam yang dihadiah oleh Allah kepada baginda Sulaiman as, namun penulis sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan ia adalah nama-nama khadam baginda Sulaiman as kerana kehabatan Sulaiman adalah mukjizatnya yang mana setiap mukjizat itu adalah perkara luar biasa yang tidak memerlukan persandaran kepada sebab dan musabab. Jadi penulis dengan tegasnya menolak pendapat yang mengatakan ia ialah nama-nama khadam.

Ada pula yang menyamai isim barhatiah ini dengan huruf-huruf ijaiyah yang mepunyai 28 huruf bermula dari aliff sampai ya, ini penulis tidak dapat pastikan kesahihannya. Namun yang paling penulis bersetuju ialah pendapat yang mengatakan isim barhatiah ini ialah nama-nama Zat Yang Maha Esa iaitu Allah. Ia ialah nama-nama Allah didalam bahasa suryani yang dihadiahkan kepada baginda Sulaiman as untuk menjadi amalannya menundukkan makhluk Allah. Seperti mana Nabi Muhammad saw dikurniakan 99 nama-nama Allah. Diriwayatkan dari Muhammad saw bahawa nama-nama Allah kesemuanya berjumlah 3000 nama, ia lalu dibahagikan kepada 99 pada Al-Quran, 300 pada Taurat, 300 Zabur, 300 pada Injil, 1000 pada para Malaikat, 1000 pada para Rasul dan baki yang 1 berada pada Allah yang menjadi rahsia Nya. Jika campur kesemua nama-nama Allah tadi berjumlah 3000 nama. Allah Yang Maha Mengetahui.
Diantara 3000 nama tersebut, 28 nama dari nya dihadiahkan oleh Allah pada Baginda Sulaiman yang menjadi amalannya untuk mengukuhkan mukjizatnya menjadi pemerintah tidak dapat ditandingi. Berikut ialah isim barhatiah dan maknanya yang dikatakan adalah asma Allah:

1.Barhatiyah (zat yg Maha Suci)
2.Karirin(ya Allah)
3.Tatliihin(maha Suci & maha Kuasa)
4.Thauraanin(zat yg maha Hidup)
5.Mazjalin(zat yg maha Berdiri)
6.Bazjalin(zat yg maha Esa)
7.Tarqabin(zat yg maha Selamat)
8.Barhasyin(ya Allah kabuikanlah)
9.Ghalmasyin(zat yg maha Suci)
10.Hauthiirin(zat yg maha Kuat)
11.Qalnahaudin(zat yg maha Mendengar dan Melihat)
12.Barsyaanin(zat yg maha Meliputi)
13.Kadhahiirin(maha Suci Allah)
14.Namuu syalahin(wahai Tuhan yg maha Mulia Engkau adalah Allah)
15.Barhayuula(maha Suci Allah)
16.Basykailakhin(maha Agung maha Pengasih dan maha Penyayang)
17.Qazmazin(zat yg maha Memelihara)
18.Anghalulaithin(zat yg maha Agung dan maha Bijaksana)
19.Qabraatin(zat yg maha Agung)
20.Ghayaahaa(zat yg maha Mulia)
21.Kaidahuuala(zat yg maha Kuasa ialah Allah)
22.Syamkhaahir(zat Allah yg maha Tinggi)
23.Syamkhahiirin(zat yg maha Memutus)
24.Syamhaahiirin(zat yg maha Kuasa)
25.Bikahthahuuniihin(wahai zat yg maha Dahulu)
26.Basyaarisyin(zat yg maha Kuasa atas segala sesuatu)
27.Thuunasyin(wahai zat yg maha Bersyukur)
28.Syamkhaa baaruuhin(yang maha Kuasa adalah Allah yg maha Mulia)

Kesemua nama-nama diatas adalah seakan-akan sama dengan Asma Al-Husna yang diberikan kepada Nabi junjungan kita saw. Apa yang penting disini ialah nama-nama Allah Yang Maha Mulia itu diberikan pada hamba-hamba Nya untuk menyeru Nya memohon pertolongan dari Nya seperti Firman Nya dalam Surah Al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

“Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah sangat Dekat, Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila ia menyeru (nama Ku), maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

Amat benar Firman Allah… Wa Allah A’lam..

No comments: